Dia fobia dengan kucing

Salam dan Hi

Hari ni, awal2 pagi pergi makan di legor (sebuah cafe). Tengah2 makan guna tangan boleh pulak kucing datang naik atas meja nak terkam lauk dalam pinggan. Memang pagi ni breakfast heavy dengan nasi campur. Kebetulan pulak partner yang sama2 makan tu takut kucing. Cik nnur pulak alergik dengan bulu tapi masih boleh bertahan. Jadi nak hilangkan fobia dan takut dia, dengan kita yang tak selesa dah nak makan sebab dengar dia jerit2. Jadi, cik nnur pun tolak kucing guna botol air sebab tangan pegang makanan  (tolak tau bukan tepis sampai kucing terpelanting). Tapi kucing tu datang balik jadi di"hush-hush" kucing tu dan cik nnur pun hentak la kaki bagi kucing pergi tempat lain.

Tiba-tiba ada suara dari belakang. Seorang perempuan berkata "you should do like that to the cat as a Islam." Kita ni pun peliklah " apa yang aku buat. Selepas itu, perempuan tu datang dengan seekor ikan dan letak bawah kaki kami berdua yang tengah makan. Apa lagi kucing tu terkamlah. Si perempuan tu pun pergi dekat satu kumpulan makcik2 sambil tengok2 kami tengah makan. Makcik2 ni pun pandang2 je dari jauh.

Dalam hati sabar jelah. Yang partner pun tak senang duduk dah nak makan sebab kucing bawah kaki. Jadi cepat2 la kami makan dan nak pergi tempat lain.

Masa dah nak pergi tu, si perempuan tu datang dan cakap " Why u kick that cat?". Cik nnur ni dah pelik, bila masa aku tendang kucing tu. Siap tanya nama kami berdua dan department mana. So berlakulah balas kata. Antaranya:

Si perempuan: U tak patut kick that cat. We as Islam pun tak ajar macam ni
Partner: Mana ada kami kick kucing tu. Lagi pun im scared with cat. Im phobia with cat. and I know about Islam. (sambil Si partner tunjukkan tangan pada diri sendiri sebab dia pakai tudung labuh manakala perempuan tu rambut dan leher terdedah).
Aku: Ye, mana ada saya tendang. Hentak2 kaki dekat lantai je bagi kucing pergi tempat lain.
Si perempuan: I see her, she kick that cat.
Partner: Dia tak kict that cat. You cannot judge her like that. (Sebab cik nnur memang tak tendang kucing tu)

Jadi berlakulah sesi defence diri masing-masing. Yelah, satu legor tengah pandang kita. Jadi untuk meredakan keadaan kita pun nak berundur dari cafe. Tiba-tiba si perempuan ni cakap " Im a Profesor". Dalam hati aku pula berkata "So what? Ini ke sikap seorang prof, tegur depan orang ramai sampai dah malukan aku dan partner. Kemudian buat fitnah bergosip dengan makcik2 kata kita tendang kucing tu. Yang sebenarnya aku terang-terang TIDAK TENDANG KUCING.

Allahuakbar, banyakkan bersabar jelah. Si partner suruh " banyakkan sabar jelah dan doakan prof ni sihat2 je dan terimalah apa yang dia cakap tu adalah fitnah dan tidak betul"

Kalau pun betullah cik nnur ni tendang dah tentu2 kucing tu mengiau sakit dan pergi tempat lain. Tapi kucing tu datang je lagi. Si partner pulak memang takut dan phobia dengan kucing sangat2. Cik nnur yang tengah makan depan dia pun pening kepala pusing2 tengok kucing tu. Selera makan memang dah kurang lah. Si partner ni memang penakut dengan segala jenis binatang terutamanya kucing. Silap2 boleh terbalik meja makan sebab fobia dia ni. Cik nnur ni pula memang alergik dengan bulu kucing tapi aku respect kucing tu. Takdelah sebab cik nnur alergik sampai nak tendang2 binatang.

Tidak salah menegur orang lain. Tetapi yang salahnya menegur kerana ego dan finah yang dicipta. Dalam masa yang sama kita menegaskan pangkat kita supaya orang tahu siapa kita ini. " Awak tahu siapa saya? Saya.....".

Bertambah tidak elok jika teguran itu adalah tentang tidak Islamnya seseorang sedangkat yang menegur pun  masih tidak menepati syariat lagi (aurat). Jadi tegurlah secara berhikmah maka yang menerima nasihat tidak rasa dimalukan dan difitnah.



Macam mana nak bantu kawan fobia kucing ye?

Salam Takziah: Al-Marhum Sultan Perak

Salam takziah kepada negeri Perak,

Hari sudah genap seminggu Kedah telah berkabung dan pada hari ini jugalah Perak pula telah mula berkabung atas kemangkatan Al-Marhum Sultan Perak yang dikasihi. Al-Fatihah

 19 April 1928 - 28 Mei 2014



Cik nnur anak jati Perak jugak tapi ic Selangor

GIVEAWAY "KE KOREA DAH KITA..."




Salam and Hi semua!
Jom join giveaway dari farae al-farafisy.
Cik nnur join dulu ye, masih panas lagi giveaway ini dan akan tamat pada: 


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11.59 malam, 1 Jun 2014.

 
Kain kapas Korea(4 meter), key-chain, dua ketul fridge magnet dan satu set sudu+chopstick besi berukir

Phone cerdik pintar?

Salam dan hai semua..


Sekarang ni sudah ada pelbagai pengeluar phone cerdik pandai seperti Samsung, Lenovo. Nokia dan sony pun dah jauh tenggelam. Jadi, pada hari ini cik nnur telah merajinkan diri untuk survey phone yang murah dan berkualiti tetapi mengikut kemampuan cik nnur. (duit la, hee)

Sekarang ni cik nnur menggunakan Nokia Xpress. Itupun dihadiahkan oleh kakandaku yang baik hati. Sudah hampir 4 tahun cik nnur menggunkannya tetapi tiada masalah. Tetapi keperluan internet dan kerja tanpa laptop telah menyebabkan cik nnur mencari phone baru. Oleh itu, memandangkan Cik nnur adalah pengguna phone yang setia. Makanya cik nnur perlulah memilih phone yang benar-benar berkenan di hati sebab lagi 10 tahun baru cik nnur tukar phone baru. Maka, cik nnur mencari dan melihat pandangan pengguna2 phone di dalam mr google.

Kebanyakan pengguna2 sekarang mencadangkan Lenovo sebagai pilihan pembeli seperti cik nnur ni. Prestasinya okey dan mampu dimiliki jika nak dibandingkan produk lain. Oleh itu, cik nnur pun review phone jenama Lenovo ni kerana mempunyai pelbagai model keluaran dan fungsinya. Jadi cik nnur telah berkenan kepada produknya yang satu ini (lihat bawah ye).

:
:
:
:
:
:
::
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tadaa... Lenovo A 850
Sumber: sini 

Ciri-ciri Lenovo A 850 adalah:
  • Harga RM 500-600 
  • 5.5 inci touch screen
  • 4gb internal storage
  • 1gb ram
  • Internet HSDPA
  • Quad Core 1.3
  • Android 4.2 Jelly bean
  • Dual sim
  • Black, white and gold
  • Camera: 5.0 mp back, 0.3 mp front, zoom digital 
  • Dan yang palin penting bateri adalah tahan lama 2250 mah (150-200 jam)
Minggu ni nak pergi survey yang diidam-idamkan sebelum berubah keputusan..

Why my linkwithin widget errors

Salam

Widget  Linkwithin berfungsi untuk memaparkan post2 yang lama di dalam blog. Kebanyakan blogger akan install widget ni dalam blog mereka. Dulu cik nnur pernah guna untuk blog lain dan sepantasnya tak ada masalah langsung. Okey ni contoh link within tu.


Masalahnya sekrangan blog cik nnur tak boleh install widget ni. Dah berulang-ulang kali cik nnur install dan login masih error. Kenapa masalah ni masih sama? Atau widget ni dah tak available lagi masa sekarang? #Keliru
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All Right Reserved to: nnur zakaria |Design By Mastura Aziz