Niat hati perantau

Assalamualaikum

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu......


***********************************************

Sedih Sedih pulak melayan lagu Dendang Perantau ni sorang-sorang. Sobsobsob. "Cuti tak dapat lagi tapi tiket bas dah beli pada minggu pertama Ramadhan lagi, yang seronoknya dapat seat belakang sekali." Sedih tapi Alhamdulillah masih dapat bertemu Ramadhan pada tahun ni dan masih berkesempatan pulang ke kampung halaman.

Okeylah, Nnur kalau dilayan perasaan sedih memang ke laut la gayanya. Kerja satu pun tak jadi. Jadi, untuk tidak membuang masa Nnur dah merancang untuk membuat biskut raya bila balik kampung nanti. Ini adalah list perancangan biskut raya yang nnur nak buat sambil dibantu oleh 'assistant'ku nanti (Adik-adik ku).

Checklist bahan-bahan biskut raya

Nnur buat checklist ni selepas melakukan aktiviti mencari resepi di dalam mr. google. Checklist ni adalah jumlah dalam setiap resepi biskut raya yang akan dibuat. Checklist ni memudahkan nnur kerana tidak perlu tercicir bahan ketika membeli nanti. Tambah pula, boleh bajet berapa RM yang akan dibelanjakan untuk bahan-bahan biskut ni. Wah, kalau dicongak-congak berapa jumlah RM perlu dikeluarkan ye?

Walau bagaimanpun, nnur akan lebihkan sedikit setiap kuantiti bahan-bahan biskut ni sebab baru kali pertama nak mencuba resepi baru. Pelbagai kemungkinan akan berlaku kat dapur nanti kan.. hee

Antara biskut raya yang bakal nnur dan para assistant buat adalah biskut-biskut moden yang ringkas dan senang dibuat. Nnur nak mencuba biskut moden pulak tahun ni sebab tahun-tahun sebelum ni mak selalu buat biskut tradisional. Jadi, apa salahnya ubah selera pada tahun ni kan..
  • Lidah kucing
  • Biskut oat choco
  • Short bread
  • Popia nestum
 
 #Kalau nak tahu rupa biskut ni silalah google ye sebab kalau nnur masukkan gambar akan ada pulak yang terliur.. hee (saya lah tu)

#PrayforGaza; PrayforMH17

Terima kasih daun keladi

Salam semua.

Post kali ini cik nnur nak tujukan kepada Mastura Aziz kerana sudi memberi wajah baru kepada blog cik nnur ni. Semua ini berlaku apabila cik nnur menerjah ke blog Mas. Cik nnur rajin berkunjung ke blog lain untuk melihat new post. Jadi pada suatu hari, Mas telah membuat tawaran untuk mengedit blog secara percuma. Jadi cik nnur pun mencubalah nasib dalam tawaran yang diberikan. Alhamdulillah Mas sudi mengedit blog cik nnur ni... heee

3 blogger bertuah yang cepat dari Mas


Perubahan yang dilakukan adalah di bahagian sidebar yang lebih kemas dan tulisannya lebih tersusun. Tajuk post jugak telah diletakkan center. Simple dan kemas sebenarnya sebab cik nnur yang request taknak ubah warna blog dan header. hee Cerewet jugak cik nnur ni sebenarnya tau..


Terima kasih sekali lagi untuk Mas sebab sudi jugak mengedit blog akak yang tak seberapa ni. Jom melawat blog Mas bagi sesiapa yang mahu edit blog. Terdapat banyak contoh blog yang pernah diedit oleh Mas dan bayarannya adalah berpatutan.




**************************************************************************************************
Nak feeling2 kejap dgn Bunga hydragea di Gunung Jerai. (Gambar 2 tahun lepas) haha


Header blog telah cik nnur kekalkan kerana adanya bunga hydragea yang menjadi idaman cik nnur. Pokok bunga hydrangea namanya atau dikenali sebagai pokok bunga Siti Zubaidah. Kali pertama ciknnur jumpa pokok bunga ni adalah di Regency Hotel Gunung Jerai Kedah. Jadi apa lagi, jom ke sana bagi sesiapa nak feeling2 dengan bunga ni. hee




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All Right Reserved to: nnur zakaria |Design By Mastura Aziz