Penyeri hati gundah gulana

Assalam,

Lama rasanya nnur tak update blog tersayang. Kesibukan belajar menyebabkan nnur tak menang tangan untuk menaip proposal dan blog. Idea sentiasa ada dan mencurah-curah tetapi pembahagian masa seperti tiada.

Tapi, dalam kesibukan belajar, nnur cuba membahagikan masa kepada hobi nnur yang satu lagi iaitu bercucuk tanam. hee. Pelbagai teknik pembajaan dan penjagaan nnur perolehi semenjak masuk dalam group fb Kelab pencinta bunga dan pokok hiasan.

Alhamdulillah ahli dalam kumpulan ini tidak lokek berkongsi tips penanaman pokok bunga. Kebiasaannya, asal bunga je mesti akan dikaitkan dengan perempuan dan wanita tetapi jangan terkejut yang lebih pakar dan minat bunga ni adalah lelaki. Haaa

Okeylah, jomm nnur nak tunjuk hasil bercucuk tanam bermodalkan tips dari group fb ni.























Inilah pokok bunga japanesse rose yang tengah popular sekarang. Terima kasih pada ahli group fb: Kelab Pencinta bunga dan pokok hiasan yang memberi tips dan bimbingan pada nnur. Dulu pokok bunga susah nak berkembang dan gemuk macam ni. Tetapi selepas nnur praktikkan cadangan ahli group ini supaya meletakkan baja kopi dan letakkan pasu di bawah cahaya matahari terik, maka inilah hasilnya.

Alhamdulillah inilah hasilnya jika kita berbakti kepada tanah. Hati yang gundah gulana pun kembali tenang melihat keindahan ciptaan semulajadi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All Right Reserved to: nnur zakaria |Design By Mastura Aziz