Phone cerdik pintar?

Salam dan hai semua..


Sekarang ni sudah ada pelbagai pengeluar phone cerdik pandai seperti Samsung, Lenovo. Nokia dan sony pun dah jauh tenggelam. Jadi, pada hari ini cik nnur telah merajinkan diri untuk survey phone yang murah dan berkualiti tetapi mengikut kemampuan cik nnur. (duit la, hee)

Sekarang ni cik nnur menggunakan Nokia Xpress. Itupun dihadiahkan oleh kakandaku yang baik hati. Sudah hampir 4 tahun cik nnur menggunkannya tetapi tiada masalah. Tetapi keperluan internet dan kerja tanpa laptop telah menyebabkan cik nnur mencari phone baru. Oleh itu, memandangkan Cik nnur adalah pengguna phone yang setia. Makanya cik nnur perlulah memilih phone yang benar-benar berkenan di hati sebab lagi 10 tahun baru cik nnur tukar phone baru. Maka, cik nnur mencari dan melihat pandangan pengguna2 phone di dalam mr google.

Kebanyakan pengguna2 sekarang mencadangkan Lenovo sebagai pilihan pembeli seperti cik nnur ni. Prestasinya okey dan mampu dimiliki jika nak dibandingkan produk lain. Oleh itu, cik nnur pun review phone jenama Lenovo ni kerana mempunyai pelbagai model keluaran dan fungsinya. Jadi cik nnur telah berkenan kepada produknya yang satu ini (lihat bawah ye).

:
:
:
:
:
:
::
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tadaa... Lenovo A 850
Sumber: sini 

Ciri-ciri Lenovo A 850 adalah:
  • Harga RM 500-600 
  • 5.5 inci touch screen
  • 4gb internal storage
  • 1gb ram
  • Internet HSDPA
  • Quad Core 1.3
  • Android 4.2 Jelly bean
  • Dual sim
  • Black, white and gold
  • Camera: 5.0 mp back, 0.3 mp front, zoom digital 
  • Dan yang palin penting bateri adalah tahan lama 2250 mah (150-200 jam)
Minggu ni nak pergi survey yang diidam-idamkan sebelum berubah keputusan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All Right Reserved to: nnur zakaria |Design By Mastura Aziz