Salam semua.
Post kali ini cik nnur nak tujukan kepada Mastura Aziz kerana sudi memberi wajah baru kepada blog cik nnur ni. Semua ini berlaku apabila cik nnur menerjah ke blog Mas. Cik nnur rajin berkunjung ke blog lain untuk melihat new post. Jadi pada suatu hari, Mas telah membuat tawaran untuk mengedit blog secara percuma. Jadi cik nnur pun mencubalah nasib dalam tawaran yang diberikan. Alhamdulillah Mas sudi mengedit blog cik nnur ni... heee
3 blogger bertuah yang cepat dari Mas |
Perubahan yang dilakukan adalah di bahagian sidebar yang lebih kemas dan tulisannya lebih tersusun. Tajuk post jugak telah diletakkan center. Simple dan kemas sebenarnya sebab cik nnur yang request taknak ubah warna blog dan header. hee Cerewet jugak cik nnur ni sebenarnya tau..
Terima kasih sekali lagi untuk Mas sebab sudi jugak mengedit blog akak yang tak seberapa ni. Jom melawat blog Mas bagi sesiapa yang mahu edit blog. Terdapat banyak contoh blog yang pernah diedit oleh Mas dan bayarannya adalah berpatutan.
**************************************************************************************************
Nak feeling2 kejap dgn Bunga hydragea di Gunung Jerai. (Gambar 2 tahun lepas) haha |
Header blog telah cik nnur kekalkan kerana adanya bunga hydragea yang menjadi idaman cik nnur. Pokok bunga hydrangea namanya atau dikenali sebagai pokok bunga Siti Zubaidah. Kali pertama ciknnur jumpa pokok bunga ni adalah di Regency Hotel Gunung Jerai Kedah. Jadi apa lagi, jom ke sana bagi sesiapa nak feeling2 dengan bunga ni. hee