Dia fobia dengan kucing

Salam dan Hi

Hari ni, awal2 pagi pergi makan di legor (sebuah cafe). Tengah2 makan guna tangan boleh pulak kucing datang naik atas meja nak terkam lauk dalam pinggan. Memang pagi ni breakfast heavy dengan nasi campur. Kebetulan pulak partner yang sama2 makan tu takut kucing. Cik nnur pulak alergik dengan bulu tapi masih boleh bertahan. Jadi nak hilangkan fobia dan takut dia, dengan kita yang tak selesa dah nak makan sebab dengar dia jerit2. Jadi, cik nnur pun tolak kucing guna botol air sebab tangan pegang makanan  (tolak tau bukan tepis sampai kucing terpelanting). Tapi kucing tu datang balik jadi di"hush-hush" kucing tu dan cik nnur pun hentak la kaki bagi kucing pergi tempat lain.

Tiba-tiba ada suara dari belakang. Seorang perempuan berkata "you should do like that to the cat as a Islam." Kita ni pun peliklah " apa yang aku buat. Selepas itu, perempuan tu datang dengan seekor ikan dan letak bawah kaki kami berdua yang tengah makan. Apa lagi kucing tu terkamlah. Si perempuan tu pun pergi dekat satu kumpulan makcik2 sambil tengok2 kami tengah makan. Makcik2 ni pun pandang2 je dari jauh.

Dalam hati sabar jelah. Yang partner pun tak senang duduk dah nak makan sebab kucing bawah kaki. Jadi cepat2 la kami makan dan nak pergi tempat lain.

Masa dah nak pergi tu, si perempuan tu datang dan cakap " Why u kick that cat?". Cik nnur ni dah pelik, bila masa aku tendang kucing tu. Siap tanya nama kami berdua dan department mana. So berlakulah balas kata. Antaranya:

Si perempuan: U tak patut kick that cat. We as Islam pun tak ajar macam ni
Partner: Mana ada kami kick kucing tu. Lagi pun im scared with cat. Im phobia with cat. and I know about Islam. (sambil Si partner tunjukkan tangan pada diri sendiri sebab dia pakai tudung labuh manakala perempuan tu rambut dan leher terdedah).
Aku: Ye, mana ada saya tendang. Hentak2 kaki dekat lantai je bagi kucing pergi tempat lain.
Si perempuan: I see her, she kick that cat.
Partner: Dia tak kict that cat. You cannot judge her like that. (Sebab cik nnur memang tak tendang kucing tu)

Jadi berlakulah sesi defence diri masing-masing. Yelah, satu legor tengah pandang kita. Jadi untuk meredakan keadaan kita pun nak berundur dari cafe. Tiba-tiba si perempuan ni cakap " Im a Profesor". Dalam hati aku pula berkata "So what? Ini ke sikap seorang prof, tegur depan orang ramai sampai dah malukan aku dan partner. Kemudian buat fitnah bergosip dengan makcik2 kata kita tendang kucing tu. Yang sebenarnya aku terang-terang TIDAK TENDANG KUCING.

Allahuakbar, banyakkan bersabar jelah. Si partner suruh " banyakkan sabar jelah dan doakan prof ni sihat2 je dan terimalah apa yang dia cakap tu adalah fitnah dan tidak betul"

Kalau pun betullah cik nnur ni tendang dah tentu2 kucing tu mengiau sakit dan pergi tempat lain. Tapi kucing tu datang je lagi. Si partner pulak memang takut dan phobia dengan kucing sangat2. Cik nnur yang tengah makan depan dia pun pening kepala pusing2 tengok kucing tu. Selera makan memang dah kurang lah. Si partner ni memang penakut dengan segala jenis binatang terutamanya kucing. Silap2 boleh terbalik meja makan sebab fobia dia ni. Cik nnur ni pula memang alergik dengan bulu kucing tapi aku respect kucing tu. Takdelah sebab cik nnur alergik sampai nak tendang2 binatang.

Tidak salah menegur orang lain. Tetapi yang salahnya menegur kerana ego dan finah yang dicipta. Dalam masa yang sama kita menegaskan pangkat kita supaya orang tahu siapa kita ini. " Awak tahu siapa saya? Saya.....".

Bertambah tidak elok jika teguran itu adalah tentang tidak Islamnya seseorang sedangkat yang menegur pun  masih tidak menepati syariat lagi (aurat). Jadi tegurlah secara berhikmah maka yang menerima nasihat tidak rasa dimalukan dan difitnah.



Macam mana nak bantu kawan fobia kucing ye?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All Right Reserved to: nnur zakaria |Design By Mastura Aziz