Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu......
***********************************************
Sedih Sedih pulak melayan lagu Dendang Perantau
ni sorang-sorang. Sobsobsob. "Cuti tak dapat lagi tapi tiket bas dah beli
pada minggu pertama Ramadhan lagi, yang seronoknya dapat seat belakang
sekali." Sedih tapi Alhamdulillah masih dapat bertemu Ramadhan pada tahun
ni dan masih berkesempatan pulang ke kampung halaman.
Okeylah, Nnur kalau dilayan perasaan sedih memang
ke laut la gayanya. Kerja satu pun tak jadi. Jadi, untuk tidak membuang masa
Nnur dah merancang untuk membuat biskut raya bila balik kampung nanti. Ini
adalah list perancangan biskut raya yang nnur nak buat sambil dibantu oleh
'assistant'ku nanti (Adik-adik ku).
Checklist bahan-bahan biskut raya |
Nnur buat checklist ni selepas melakukan aktiviti mencari resepi di dalam mr. google. Checklist ni adalah jumlah dalam setiap resepi biskut raya yang akan dibuat. Checklist ni memudahkan nnur kerana tidak perlu tercicir bahan ketika membeli nanti. Tambah pula, boleh bajet berapa RM yang akan dibelanjakan untuk bahan-bahan biskut ni. Wah, kalau dicongak-congak berapa jumlah RM perlu dikeluarkan ye?
Walau bagaimanpun, nnur akan lebihkan sedikit setiap kuantiti bahan-bahan biskut ni sebab baru kali pertama nak mencuba resepi baru. Pelbagai kemungkinan akan berlaku kat dapur nanti kan.. hee
Antara biskut raya yang bakal nnur dan para assistant buat adalah biskut-biskut moden yang ringkas dan senang dibuat. Nnur nak mencuba biskut moden pulak tahun ni sebab tahun-tahun sebelum ni mak selalu buat biskut tradisional. Jadi, apa salahnya ubah selera pada tahun ni kan..
- Lidah kucing
- Biskut oat choco
- Short bread
- Popia nestum
#Kalau nak tahu rupa biskut ni silalah google ye sebab kalau nnur masukkan gambar akan ada pulak yang terliur.. hee (saya lah tu)
#PrayforGaza; PrayforMH17