Adik beradik pompuan

Pengalaman mempunyai adik beradik perempuan lebih ramai ada pro dan kontranya. Terutamanya kalau hidup dalam keluarga yang besar yang mepunyai lebih dari lima orang adik beradik. Kelebihan mempunyai adik beradik perempuan yang ramai mempunyai banyak faedahnya kepada ibubapa, si kakak dan orang luar.

Contohnya dari pandangan si kakak:
  • Ringan tulang bolah tolong mak di dapur tapi kenyataannya semua pakat berat tulang ada. Sebabnya si adik-adik perempuan dah ada kakak-kakak yang rajin.
  • Ramai adik beradik perempuan kena banyak share barang la.. tambah2 pin tudung, pantang 'lepa' mesti dah kena pinjam.
  • Barang mekap takyah cakap la, tengah-tengah tengok tv mesti ada suara kak "nak try sat", "wangi la", memang selalu ada lah ayat macam ni.. hahaha
  • Cermin di dalam rumah memang tak pernah cukup. Terutamanya ketika mahu keluar rumah bersama-sama. Cermin yang besar pun rasa kecik dan bertambah kecik.
  • Pencuci muka baru beli dan letak dalam toilet, lepas tu angkat2 mesti dah ringan. Almaklumlah semua pakai produk yang sama. Jadi kongsi-kongsilah sikit walaupun masa membeli duit tak dikongsi bersama pun.
Tapi walau apapun si kakak pasti sayangkan adik-adik perempuannya kerana kalau tanpa mereka tak boleh beli pin tudung baru dan barang mekap pun mesti lambat habis. Paling penting adalah dapat memahami perasaan antara satu sama lain kerana apa? kerana sama jantina lah.

Dari pandangan orang luar:

  • Mak dan ayah hanya tunggu duit je masuk sebab wang hantaran yang akan diberikan oleh bakal-bakal menantu lelaki mereka. Makin besar anak-anak maka makin senanglah mak dan ayah ni.
  • Mak goyang kaki je tengok tv. Kenapa? Anak-anak perempuan dah ramai nak tolong kemas rumah, basuh baju dan masak di dapur.
Alhamdulillah, cik nnur sendiri dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai ramai adik perempuan. Dan yang paling penting cik nnur adalah antara kakak paling tua. Pelbagai contoh baik nak kena tunjuk pada adik-adik perempuan ni dan sudah tentulah perlu banyak bersabar dengan karenah adik-adik perempuanku.
Mak pun dah sama tenggelam dalam anak-anak perempuannya
Macam mana kalau ada ramai adik-adik lelaki pulak?



6 comments:

  1. maknye macam sama dengan anak2 je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak lagi lebih dari anak-anaknya.. queen of sisterssss

      Delete
  2. Kalau adik beradik lelaki ramai, masa kecil asyik bergaduh je. Tapi bila dah dewasa jadi geng. Tambah lagi kalau ada minat yang sama. Memang havoc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? mesti seronok kan.. ayah pun boleh join jadi kawan jugak tu

      Delete
  3. bestnya.. N ada dua beradik je.. time kecik dulu kuat gaduh tapi dah besar sekarang okay la teman berbicara

    ReplyDelete
  4. dah sama tinggi dah dengan mak, hihi :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All Right Reserved to: nnur zakaria |Design By Mastura Aziz