Lyssa semakin membiak

Salam dan hi semua.

Lyssa? siapa Lyssa? Jom hari ni cik nnur nak belajar sains persekitaran pulak..

Lyssa sebenarnya adalah nama saintifik kepada sejenis rama-rama yang telah muncul di beberapa negeri sejak seminggu lalu. Kemunculan rama-rama ini adalah dalam kuantiti yang banyak daripada kebiasaaan menyebabkan penduduk Kuantan menjadi hairan.


Walaubagaimanpun, kemunculan rama-rama ini juga telah menjadi tarikan kepada penduduk terutamanya semasa perlawanan bola separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan JDT di Stadium Darul Makmur. Fenomena ini juga telah menjadi isi kandungan pengulas bola sepak.

Menurut pakar (Utusan), fenomena ini berlaku disebabkan faktor cuaca dan kejadian banjir yang berlaku pada tahun lepas. Kejadian banjir telah memusnahkan kehidupan pemangsa rama-rama seperti burung. Jadi, rama-rama tidak diburu lagi. Oleh sebab inilah ulat bulu semakin semakin membiak dengan pesatnya tanpa gangguan. Eh! kenapa ulat bulu pulak? 

Okey sebenarnya proses kitaran hidup rama-rama bermula daripada kepompong seterusnya menjadi ulat bulu. Selepas ulat mencapai tahap dewasa ia akan bertukar menjadi rama-rama yang cantik tetapi bahaya dan gatal. Kenapa bahaya gatal ye? 

Kitaran hidup rama-rama (Sumber sini)


Ulat bulu menjadi bahaya dan gatal kepada manusia sebab boleh menyebabkan gatal pada kulit kita jika disentuh. Bulu pada kepak Lyssa juga boleh menyebabkan gangguan pernafasan terutamanya penghidap lelah. (Bernama). Nampak cantik tapi hati-hati bagi yang tidak tahu terutamanya anak2 adik2 yang masih kecil.

Jom kita lihat Lyssa: (Sumber sini)

Foto Menarik


 Banyaknya rama-rama kan?

10 comments:

  1. Dulu pernah jadi gak fenomena macam ni..bagi yang ada alahan tu baik jauhkan dari rama-rama ni..tq cik nnur sebab share info..

    ReplyDelete
  2. Ada jugak orang kata, rama2 yang banyak sekarang ni tanda musim hujan nak muncul! Wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak.. tapi kalau tak silap bulan 6 ni dijangka start el nino..

      Delete
  3. besarnye rama-rama tu.
    kumpul pastu awet letak dalam album :)

    ReplyDelete
  4. kat sekolah farah ada banyak. bukan setakat tu, kelawar pun ada. maklumlah, sekolah lama. T__T

    ReplyDelete
  5. Indah namanya seperti empunya badan tapi merbahaya.. baru jumpa satu kat tangga tadi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All Right Reserved to: nnur zakaria |Design By Mastura Aziz