Salam readers,
Cik nnur nak kongsikan info berkaitan penderaan emosi.
Penderaan emosi adalah penyalahgunaan kawalan atau kuasa oleh individu menggunakan perkataan atau bahasa badan. Kesan penderaan emosi lebih teruk berbanding penderaan fizikal.
Kenapa teruk sangat ye?
Sebabnya penderaan emosi sukar dikenalpasti oleh mangsa yang didera kerana tidak berlaku secara nyata atau sebenarnya tidak dapat dilihat dengan mata. susahnya kan, mangsa sendiri tak tahu dirinya adalah mangsa.
Pemangsa kebiasaannya menjadi:
- Agresif: menyalahkan, menggunakan panggilan yang kasar, menjerit, menuduh, kritik
- Penafian: merajuk, manipulate keadaan, mengelakkan, tidak mahu mendengar.
- Minimumkan: memperkecilkan sesuatu, mengasingkan diri, membesar2kan keadaan, mencipta atau menawarkan 'nasihat'.
Mangsa pula macam mana? Oh, mangsanya pula akan tertekan, kurang bersosial, tingkahlaku yang takut, tidak yakin diri, dan lebih teruk lagi ketagih alkohol atau dadah.
Okey, setakat ni ada tak tanda-tanda dalam diri readers?
Kalau ada, dan kalau tak ada pun akan Cik nnur sarankan baca lagi
Cara untuk membantu mangsa hanyalah melalui diri mangsa tu sendiri kemudian barulah menggunakan bantuan pakar.
Mangsa sendiri perlulah banyakkan membaca berkaitan penderaan emosi dari buku, internet.
Bantuaan orang lain pula adalah orang yang terdekat: ibu, bapa, rakan, guru.
Tapi bentuan yang paling berkesan tentunya pakar kesihatan atau kaunselor yang bertauliah.
Cik nnur pun taku juga bila baca info ni. Manalah tahu diri sendiri adalah mangsa dan lagi teruk kita ni sebenarnya adalah pemangsa/ pembulu tu. Minta dijauhkan la ye.
P/S pada diri sendiri: Jangan biarkan diri kita teraniaya/ menganiaya tau.
Cik nnur pun taku juga bila baca info ni. Manalah tahu diri sendiri adalah mangsa dan lagi teruk kita ni sebenarnya adalah pemangsa/ pembulu tu. Minta dijauhkan la ye.
P/S pada diri sendiri: Jangan biarkan diri kita teraniaya/ menganiaya tau.
good info :D... rasanya kita kadang-kadang tak sedar yang kita mungkin mangsa penderaan emosi... so, boleh tak kalau kita kata, apabila emosi kita terganggu disebabkan oleh perbuatan orang lain...itu menandakan kita sudah mengalami penderaan emosi...
ReplyDeletePendapat cik nnur la kan kalau emosi terganggu disebabkan perbuatan orang lain ada banyak tahap.. jadi hanya mangsa atau orang terdekat yang tahu tahap tu ringan, sederhana, atau kritikal.. :)
Delete