Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur vs Baucar Buku 2014

Assalamualaikum semua..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan dijalankan lagi pada tahun ini 2014.
Tarikh: 24 April- 4 Mei
Tempat: Pusat Dagangan Putra (PWTC)
Masuk adalah percuma

Pada sesiapa yang berminat, jangan lepaskan peluang pergi ke PWTC untuk memborong buku dengan harga promosi.  Pelbagai penerbit akan berkumpul secara besar-besaran bagi memeriahkan jualan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada kali ini. Baucar buku juga boleh digunakan untuk membeli buku di sini. Pelbagai buku boleh dimiliki termasuklah ilmiah, akaedik, motivasi dan fiksyen.

Tetapi, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan Garis Panduan Baharu Baucar Buku berkuatkuasa 1 Mei.

Baru pagi ini cik nnur baca berita ni. Mahasiswa yang memiliki Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) hanya boleh membeli buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja. Adakah penjualan di pesta buku selepas 1 Mei ni akan terjejas?

Cik nnur pun masih lagi tak tahu sebabnya cik nnur baru merancang untuk pergi ke PWTC pada hari pekerja ni bersamaan 1 Mei. Boleh lagi ke cik nnur beli buku motivasi, keagamaan menggunakan BB1M? Bersusah payah cik nnur menahan rasa tanpa membelanjakan BB1M untuk digunakan di Pesta Buku kali ni. sobsob..

Perancangan untuk ke Pesta Buku masih lagi berjalan lancar, cumanya status BB1M itu jela.

Moh kita ke sana yer

9 comments:

  1. saya kalau pesta buku macam ni, takut nnti beli je banyak tapi bacanya tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli buku hadiahkan kasi orang lain.. :)

      Delete
  2. fuhh..nasib eiyda sempat beli buku selain buku ilmiah hujung mggu ari tu dgn baucar buku..kalau x gigih nak hbskan baucar rm250 tu utk beli buku ilmiah sahaja..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita baik: baucar buku boleh guna untuk beli buku2 yang lain jugak masa cik nnur pergi pwtc on last Friday. cumanya tak dapat diskaun sobsob

      Delete
  3. Plannya memang nak pergi, tapi jauh sgt plus transport sendiri pula takde haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. next year kena bagi menjadi la plannya yer..

      Delete
  4. dah lame tak dapat pegi pesta buku ..huhu

    ReplyDelete
  5. hazy dah pergi sanaaa . dua kali. hehe. best gilaaaa

    ReplyDelete
  6. salam kenal aj mbk. kunjungn perdana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All Right Reserved to: nnur zakaria |Design By Mastura Aziz