Hi semua
Cik nnur bukan nak promosi vitamin yang tumbuh bagaikan cendawan di internet tu. Tapi cik nnur nak kongsikan info lebih lanjut berkenaan keperluan vitamin tambahan kepada badan kita.
" Saya sihat. Kenapa saya kena ambil suplemen? Lagi pun saya dah banyak makan sayur dan buah.
Ramai yang keliru dengan pengambilan vitamin sedangkan mereka merasakan badan terasa sihat je. Tetapi faktanya: suplemen/vitamin bukannya sama dengan ubat yang diperlukan ketika sakit. Jom kita baca lebih terperinci Why we need supplement/vitamin?
- Nutrien dalam makanan sahaja tidak mencukupi. Makanan seharian kita sahaja tidak mampu membekalkan nutrien yang baik kepada badan. Ini kerana kebanyakan kita menghadam makanan yang memusnahkan kandungan makanan.
- Penghadaman yang teruk. Sistem penghadaman kita adalah anugerah yang terbaik untuk memproses makanan. Walaubagaimanapun, masalah pemakanan yang tidak betul menyebabkan sistem penghadaman meghadapi masalah seperti keradangan, bakteria, dan kembung. Secara kebetulannya, masalah asid perut yang rendah adalah berkaitan dengan kekurangan vitamin B.
- Penyediaan makanan yang teruk. Pada era globalisasi, kebanyakan orang mahu cepat dan mudah dalam menyediakan makanan. Oleh itu, teknologi pemanasan makanan mempercepatkan kemudahan penyediaan makanan. Walau bagaimanapun, tanpa disedari makanan akan mengalami kekurangan nilai nutrien yang baik untuk badan.
- Peningkatan toksin alam sekitar. Pembebasan bahan kimia ke dalam udara dan air tanpa disedari akan memudaratkan kesihatan manusia. Hasil kajian perubatan Agensi Perlindungan Alam di Amerika Syarikat mendapati 266 bahan kimia akan menyebabkan kecacatan kelahiran. Namun, bahan pencemar ini dapat di neutralkan dengan vitamin tambahan seperti glycine, vitamin c, selenium dan N-acetylcsteine.
- Masalah obesiti
- Insomnia dan stres. Kekurangan tidur dan stres telah mempengaruhi perjalanan hidup manusia terutamanya orang dewasa. Bagi mereka yang mempunyai masa yang sukar tidur kerana kebimbangan, phosphatidylserine boleh menurunkan kortisol, hormon yang berkaitan dengan tekanan. Bagi mereka yang mempunyai masalah tinggal tidur, magnesium sulfat dan vitamin tambahan E boleh membantu.
- Ketidakseimbangan hormon
- Program berat badan. Pengurangan pengambilan makanan akan menyebabkan kekurangan nutrien. Semasa diet, badan memerlukan tenaga untuk menbakar kalori. Panggunaan vitamin tambahan akan membantu dieter mencegah rasa lapar dan menstabilkan glukosa darah tanpa menambahkan kalori tambahan atau lemak.
- Prestasi Atlet.
- Kualiti hidup
Bukan satu tapi 10 kebaikan vitamin tambahan. Cik nnur sendiri ambil Cebion untuk diri sendiri. Alhamdulillah kalau dulu selalu demam, penat dan susah tidur tapi sekarang semakin baik.
No comments:
Post a Comment