Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur vs Baucar Buku 2014

Assalamualaikum semua..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan dijalankan lagi pada tahun ini 2014.
Tarikh: 24 April- 4 Mei
Tempat: Pusat Dagangan Putra (PWTC)
Masuk adalah percuma

Pada sesiapa yang berminat, jangan lepaskan peluang pergi ke PWTC untuk memborong buku dengan harga promosi.  Pelbagai penerbit akan berkumpul secara besar-besaran bagi memeriahkan jualan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada kali ini. Baucar buku juga boleh digunakan untuk membeli buku di sini. Pelbagai buku boleh dimiliki termasuklah ilmiah, akaedik, motivasi dan fiksyen.

Tetapi, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan Garis Panduan Baharu Baucar Buku berkuatkuasa 1 Mei.

Baru pagi ini cik nnur baca berita ni. Mahasiswa yang memiliki Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) hanya boleh membeli buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja. Adakah penjualan di pesta buku selepas 1 Mei ni akan terjejas?

Cik nnur pun masih lagi tak tahu sebabnya cik nnur baru merancang untuk pergi ke PWTC pada hari pekerja ni bersamaan 1 Mei. Boleh lagi ke cik nnur beli buku motivasi, keagamaan menggunakan BB1M? Bersusah payah cik nnur menahan rasa tanpa membelanjakan BB1M untuk digunakan di Pesta Buku kali ni. sobsob..

Perancangan untuk ke Pesta Buku masih lagi berjalan lancar, cumanya status BB1M itu jela.

Moh kita ke sana yer

Sudahkah ada check list: Pengantin baru





Salam,
Hi, brides to be and 'brides done to be'...

 Sumber sini

Hari ini cik nnur nak kongsi maklumat persediaan bagi bakal pengantin di luar sana. Setiap individu mahukan majlis perkahwinan yang perfect tanpa ada cacat celanya.

Majlis perkahwinan adalah penting bagi meraikan hari bahagia bagi pasangan yang akan menempuh hidup baru bersama. Majlis perkahwinan jugalah yang menjadi pertemuan semula saudara mara dan sahabat handai. Jadi tentulah semua orang mahukan yang terbaik untuk kelancaran majlis perkahwinan mereka. 

Oleh itu, marilah sama-sama jadikan impian majlis perkahwinan yang sempurna bermula dengan checklist buat pengantin baru.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Checklist buat pengantin baru:




Merisik
Cincin
Jamuan
Baju Merisik
Perjalanan pergi balik rombingan
Tempat penginapan rombongan
Pertunangan
Cincin
Jamuan
Hantaran
Baju Pertunangan
Perjalanan pergi balik rombingan
Tempat penginapan rombongan
Sebelum Bernikah
Kursus Perkahwinan
Kad Jemputan Kahwin
Kos mendaftar

Pernikahan
Derma Tok Kadi
Cincin
Jamuan
Barang hantaran:
Sirih junjung
Potpouri
Al-Quran
Manisan
Sejadah
Samping
Kain pelikat
Baju Melayu
Kasut
Jam
Telefon
Set penjagaan diri
Kemeja/Cufflinks
Beg tangan
Pulut kuning
Mas Kahwin
Belanja hantaran
Mas Kahwin
Majlis Resepsi
Jurufoto/Videografi
Mak Andam
Pelamin
Dewan/Khemah
Jamuan
Baju Persandingan
Bunga pahar
Cenderahati tetamu
Hiasan hantaran
Hiasan bilik tidur
Solekan Pengapit
Baju Pengapit
Hotel atau taman:
Kerusi dan meja
Menu
Penyambut tetamu
Pengiring

Makan Beradab:
Set meja pengantin
Kerusi dan Meja
Alas meja
Skirting
Scallop
Kerusi banquet
Bunga bouquet
Lauk pengantin
Penanggah
Keraian & Hiburan:
Kompang
Khatam Al-Quran
Silat pengantin
Cak lempong
Kumpulan marhaban/berzanji

Sistem PA:
Satu set sistem PA
DJ / MC
Bulan Madu:
Percutian

 
Akhir sekali, jumlah perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan juga amat penting bagi individu yang mahukan keserdahanaan. Checklist di atas hanyalah cadangan tetapi bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri. 

Perbelanjaan duit perlu dititikberatkan kerana bakal pengantin perlu menempuh pelbagai tanggungjawab lain lagi selepas ini. Selepas habisnya majlis perkahwinan, mereka perlu memikirkan soal tanggungjawab kepada sewa rumah, kereta, barang rumah, kelengkapan rumah, perancangan untuk bakal2 anak dan yang paling penting tanggungjawab pada ibubapa masih lagi ada tau.


 
Sumber sini


Kenapa badan perlukan vitamin tambahan

Salam

Hi semua
Cik nnur bukan nak promosi vitamin yang tumbuh bagaikan cendawan di internet tu. Tapi cik nnur nak kongsikan info lebih lanjut berkenaan keperluan vitamin tambahan kepada badan kita.

" Saya sihat. Kenapa saya kena ambil suplemen? Lagi pun saya dah banyak makan sayur dan buah.

Ramai yang keliru dengan pengambilan vitamin sedangkan mereka merasakan badan terasa sihat je. Tetapi faktanya: suplemen/vitamin bukannya sama dengan ubat yang diperlukan ketika sakit. Jom kita baca lebih terperinci Why we need supplement/vitamin?


  • Nutrien dalam makanan sahaja tidak mencukupi. Makanan seharian kita sahaja tidak mampu membekalkan nutrien yang baik kepada badan. Ini kerana kebanyakan kita menghadam makanan yang memusnahkan kandungan makanan.
  • Penghadaman yang teruk. Sistem penghadaman kita adalah anugerah yang terbaik untuk memproses makanan. Walaubagaimanapun, masalah pemakanan yang tidak betul menyebabkan sistem penghadaman meghadapi masalah seperti keradangan, bakteria, dan kembung. Secara kebetulannya, masalah asid perut yang rendah adalah berkaitan dengan kekurangan vitamin B.
  • Penyediaan makanan yang teruk. Pada era globalisasi, kebanyakan orang mahu cepat dan mudah dalam menyediakan makanan. Oleh itu, teknologi pemanasan makanan mempercepatkan kemudahan penyediaan makanan. Walau bagaimanapun, tanpa disedari makanan akan mengalami kekurangan nilai nutrien yang baik untuk badan.
  • Peningkatan toksin alam sekitar. Pembebasan bahan kimia ke dalam udara dan air tanpa disedari akan memudaratkan kesihatan manusia. Hasil kajian perubatan Agensi Perlindungan Alam di Amerika Syarikat mendapati 266 bahan kimia akan menyebabkan kecacatan kelahiran. Namun, bahan pencemar ini dapat di neutralkan dengan vitamin tambahan seperti glycine, vitamin c, selenium dan N-acetylcsteine.
  • Masalah obesiti
  • Insomnia dan stres. Kekurangan tidur dan stres telah mempengaruhi perjalanan hidup manusia terutamanya orang dewasa. Bagi mereka yang mempunyai masa yang sukar tidur kerana kebimbangan, phosphatidylserine boleh menurunkan kortisol, hormon yang berkaitan dengan tekanan. Bagi mereka yang mempunyai masalah tinggal tidur, magnesium sulfat dan vitamin tambahan E boleh membantu.
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Program berat badan. Pengurangan pengambilan makanan akan menyebabkan kekurangan nutrien. Semasa diet, badan memerlukan tenaga untuk menbakar kalori. Panggunaan vitamin tambahan akan membantu dieter mencegah rasa lapar dan menstabilkan glukosa darah tanpa menambahkan kalori tambahan atau lemak.
  • Prestasi Atlet.
  • Kualiti hidup
 
Bukan satu tapi 10 kebaikan vitamin tambahan. Cik nnur sendiri ambil Cebion untuk diri sendiri. Alhamdulillah kalau dulu selalu demam, penat dan susah tidur tapi sekarang semakin baik.

Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog

Klik Sini tau! 

Bestnya dapat pakej edit blog. Harap-harap cik nnur dapat la. Tengoklah tarikh start contest ni bersamaan birthday cik nnur tau.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  • Copy banner di atas
  • Buat entry dengan tajuk Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog.
  • Like fanpage dan follow owner
  • Giveaway ini hanya berlangsung selama 2 minggu sahaja, iaitu dari tarikh 11-04-2014 sehingga 24-04-2014
  • Dah siap buat entry apa semua boleh copy paste link blog di ruangan komen owner

Jom Join ramai-ramai ye Klik Sini



Kereta impian dan realiti gaji pertamaku

Hi
Salam semua

Cik nnur berminat untuk berkongsi kereta impian dan realiti berkaitan gaji pertama. Cik nnur dan kawan-kawan seangkatan telah tamat belajar dan sedang memulakan langkah ke fasa seterusnya iaitu mencari kerja. Suka untuk cik nnur kongsikan kereta impian cik nnur semasa belajar:


Alhamdulillah cik nnur telah berjaya mendapat kerja sambilan sebelum istiadat konvokesyen lagi. Nama pun kerja sambilan jadi gajinya Rm 1500.

Jadi bila akan dapat duit tentu dalam kepala sudah merancang nak beli apa? nak pakai kenderaan apa? Cik nnur sendiri tidak terkecualilah, siap ada planning dan list pun. Impian berkaitan gaji pertama selalunya kehendak kita untuk memiliki sesuatu sebelum menerima atau merancang perbelanjaan gaji pertama. Jadi cik nnur terpaksa turunkan demand kereta impian menggunakan gaji pertamaku. Viva jela yang mampu.

Tapi realitinya: Impian cik nnur untuk memiliki viva pun sangkut di tengah jalan jugak selepas melakukan kira-kira. Gaji kerja cik nnur RM 1500, jadi selepas melihat kira-kira di atas perbelanjaan melebihi pendapatan. Hasilnya bukan kereta idaman je cik nnur tak boleh ambik, kereta di bawah ni pun cik nnur tak mampu. Ini plan perbelanjaan cik nnur:

  • Mempunyai kenderaan/ bayar bulanan kereta baru    RM 350
  • Duit minyak                                                              Rm 100
  • Makanan                                                                  RM 300
  • Toiletries                                                                  RM 100
  • Saving                                                                      RM 100
  • Travel                                                                       Rm 100
  • Sewa                                                                        RM 100
  • Duit poket                                                                 RM 100
  • Emergency                                                                RM   75
  • Kredit                                                                       RM   30
  • Simpanan balik kg                                                     RM   15
  • Duit poket family                                                       RM   20
  • Medical insurans                                                       RM  150
  • Study                                                                       RM  150
  • TOTAL                                                                   RM 1690
Gaji kerja cik nnur RM 1500, jadi selepas melihat kira-kira di atas perbelanjaan melebihi pendapatan. Hasilnya bukan kereta idaman je cik nnur tak boleh ambik, kereta viva pun cik nnur tak mampu bila memikirkan pelabagi aspek perbelanjaan lain. 

Kesimpulannya, realiti yang cik nnur terpaksa terima dengan gaji pertamaku adalah: Sebuah motor menggunakan gaji pertamaku. Cik nnur telah membeli sebuah motor baru dengan kadar RM 3** secara ansuran. Walau bagaimapun, semua ni adalah berdasarkan pengalaman cik nnur sendiri. Hasilnya mungkin berbeza pada orang lain.



P/s untuk diri cik nnur: Tidak salah mempunyai impian tetapi terimalah realiti dunia yang menyebabkan cik nnur terpaksa turunkan demand. Bukan sahaja untuk kereta/kenderaan tetapi hal-hal lain jugak. 

Apa itu penderaan emosi/ Emotional abuse




Salam readers,

Cik nnur nak kongsikan info berkaitan penderaan emosi.
Penderaan emosi adalah penyalahgunaan kawalan atau kuasa oleh individu menggunakan perkataan atau bahasa badan. Kesan penderaan emosi lebih teruk berbanding penderaan fizikal.

Kenapa teruk sangat ye?
Sebabnya penderaan emosi sukar dikenalpasti oleh mangsa yang didera kerana tidak berlaku secara nyata atau sebenarnya tidak dapat dilihat dengan mata. susahnya kan, mangsa sendiri tak tahu dirinya adalah mangsa.

Pemangsa kebiasaannya menjadi:

  • Agresif: menyalahkan, menggunakan panggilan yang kasar, menjerit, menuduh, kritik
  • Penafian: merajuk, manipulate keadaan, mengelakkan, tidak mahu mendengar.
  • Minimumkan: memperkecilkan sesuatu, mengasingkan diri, membesar2kan keadaan, mencipta atau menawarkan 'nasihat'.

 Mangsa pula macam mana? Oh, mangsanya pula akan tertekan, kurang bersosial, tingkahlaku yang takut, tidak yakin diri,  dan lebih teruk lagi ketagih alkohol atau dadah.

Okey, setakat ni ada tak tanda-tanda dalam diri readers?
Kalau ada, dan kalau tak ada pun akan Cik nnur sarankan baca lagi 

Cara untuk membantu mangsa hanyalah melalui diri mangsa tu sendiri kemudian barulah menggunakan bantuan pakar.

Mangsa sendiri perlulah banyakkan membaca berkaitan penderaan emosi dari buku, internet.
Bantuaan orang lain pula adalah orang yang terdekat: ibu, bapa, rakan, guru.
Tapi bentuan yang paling berkesan tentunya pakar kesihatan atau kaunselor yang bertauliah.

Cik nnur pun taku juga bila baca info ni. Manalah tahu diri sendiri adalah mangsa dan lagi teruk kita ni sebenarnya adalah pemangsa/ pembulu tu. Minta dijauhkan la ye.

P/S pada diri sendiri: Jangan biarkan diri kita teraniaya/ menganiaya tau.

Segmen blogwalking bersama Cikgu Ayu



Klik Sini

11 April birthday Cik nnur tau
Thank you Allah
Alhamdulillah

Cik nnur dah ada dalam senarai Cikgu Ayu


Jom follow mereka dari segmen yang sama jugak:
  1. http://syuhadabaharudin.com/2014/04/09/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-ayu/
  2. http://arzmoha.blogspot.com/2014/04/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-ayu.html#comment-form
  3. http://kumahuitu.blogspot.com/2014/04/blogwalking-bersama-cikgu-ayu.html
  4. http://sarahairudin.blogspot.com/2014/04/blogwalking-bersama-cikgu-ayu.html
  5. http://realiticikpin.blogspot.com/2014/04/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-ayu.html
  6. http://naniedean.blogspot.com/2014/04/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-ayu.html 
  7. http://dielacraft.blogspot.com/2014/04/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-ayu.html

Musim bunga di Kedah

Hi.

Ini betul-betul terjadi,
Bukan main-main lagi,

Kedah dilanda spring musim bunga ala-ala sakura.
Sekarang ini pokok dengan meriahnya mengeluarkan bunga-bunganya berwarna pink, putih, ungu dan merah.
Pokok ini dikenali sebagai Tabelbuia Rosea.

Pesanan Cik nnur pada diri sendiri,
Keindahan yang diberikan-Nya telah membuatkan kita menjadi seronok, bahagia untuk merakamkan atau share detik-detik indah di bawah guguran bungan ini.

Tetapi janganlah keseronokan mengaburi perasaan takut padaNya. Subhanallah.

Jom layan pemandangan pokok ala-ala sakura ni di UUM, Sintok.

Gambar kredit to : Facebook UUM

Jalan masuk dari pintu utama UUM menuju masjid

Dihadapan Unit Keselamatan @ UK

Depan UUM-sebelum pintu gerbang utama

Lagi depan UK

Pusat Sukan UUM paling meriah habaq hang

Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton

Lagi di Pusat Sukan.. Ramai orang merakam gambar untuk kenang-kenangan

Bukti ni dekat UUM tu

Again! Pusat Sukan lah

And again!



Lagi di sini pemandangan indah ini.

Ujian Psikologi


Ujian Psikologi untuk kamu dan saya 


Cuba bayangkan, anda sedang berada dalam situasi-situasi ini. Bayangkan betul-betul tau.



SITUASI 1

Anda sedang menaiki sebuah KTM, dalam perjalanan daripada Kl Sentral menuju ke Bangi, apabila tiba-tiba anda terlihat, nun jauh di sana, err sebenarnya sebelah anda je pun, seorang lelaki, berbaju t-shirt hitam tiba-tiba mengeluarkan sesuatu daripada beg sandangnya.



beberapa saat yang mencemaskan kemudian, barulah anda tahu, lelaki itu mengeluarkan senaskah Al-Quran berzipnya, lantas mula membacanya dengan tenang dan tenteram.


SITUASI 2


Di suatu pagi yang cerah, anda dan rakan-rakan sedang berjalan riang gembira di pesisiran pantai Hawaii Balok, menghabiskan cuti hujung minggu dengan riang gembira, apabila kegembiraan anda itu tidak semena-mena padam. 



Nun jauh di hadapan anda (kali ni jauh betul-betul), kelihatan sekumpulan lelaki muda lagi kacak bergaya sedang berdiri berbaris-baris membelakangkan pantai. Setelah diamati sungguh-sungguh, ternyata mereka sedang menunaikan solat.

Eh, solat?


SITUASI 3

Anda sedang membeli token LRT untuk pulang ke stesen Universiti, apabila tiba-tiba anda terserempak dengan dua orang pemuda, sedang bersalaman. Anda mulanya biasa-biasa sahaja, sehinggalah....



...tiba-tiba mereka berlaga-laga pipi pula, dan sambil tersenyum lebar, yang seorang lagi melambai tangan kepada rakannya lantas melangkah masuk ke dalam LRT. Yang seorang pula lagi, membalas lambaian tersebut, dan setia menunggu sehinggalah LRT terakhir untuk hari tersebut bergerak pergi meninggalkan stesen.


Kemudian barulah anda sedar anda itu adalah LRT terakhir hari itu, dan anda tidak menaikinya.

SITUASI 4


Anda baru sahaja selesai meletakkan beg galas anda di tempat penyimpanan barang di atas tempat duduk bas anda, ketika bas mula bergerak. Tiba-tiba kelihatan seorang gadis, dalam lingkungan 20-an, bertudung hijau muda, berlesung pi…(eh lebih-lebih pulak!) mula menadah tangan, berdoa.



SITUASI 5

Anda sedang berjalan kaki di sebuah kaki lima deretan kedai di Bandar Y, ingin ke Restoran Pak Kasim Rantoya untuk makan tengah hari di sana. Dalam perjalanan tersebut, anda terserempak dengan seorang pemuda berkulit kuning langsat, ketika berselisih dengan anda tiba-tiba...



...telinga anda menangkap bunyi “assalamualaikum”


Ketika mata anda bertemu dengan matanya, ternyata pemuda tersebut sedang memandang tepat ke arah anda, dengan sebuah senyuman manis terukir di bibir, sebelum mula melangkah pergi meninggalkan anda.

Dan anda langsung tidak mengenalinya. Langsung tidak.

Soalannya: Dalam kesemua situasi-situasi tersebut, sila berlaku jujur, apakah perasaan anda ketika itu, ataupun apakah yang terdetik di hati anda ketika itu?

[Soalan tamat. Selamat menjawab]

Err….

Wahaha! Ini sungguh psikologis!

Jangan bimbang, saya tahu anda semua merupakan sejenis spesies yang amat menyukai soalan berbentuk objektif.

Jadi ini pilihan jawapannya.

A. Tenang. Biasa la tu.
B. Hairan, pelik, terkejut, aneh, sesak dada
C. Pelik, terkejut, hairan, aneh, sesak nafas
D. Rasa lain macam.

********************************************************
Dah siap menjawab?

Apa jawapannya? Ingat. Jawapan haruslah tulus ikhlas dari sanubari. Tak boleh baling-baling dadu, tiru orang sebelah.

********************************************************

Baiklah, jika jawapan anda semua ialah B, C, D dan bukannya A….

TAHNIAH! Anda semua telah berada di zaman “Ghuraba’”

Ghuraba’?

Ghuraba’?

Ghuraba’?

Ghuraba’???

Apa tu?

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Maksud: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))

Ya, zaman Asing.

Zaman Islam kembali menjadi asing, aneh, seperti ia mula-mula datang dahulu.

Zaman Islam dipandang asing oleh orang ramai, bahkan lebih asing daripada pendatang asing tanpa izin.

Membaca al-quran di tempat-tempat awam lebih menghairankan daripada membaca akhbar-akhbar dan majalah. Bahkan boleh jadi lebih menghairankan daripada membaca majalah-majalah tidak senonoh, yang menampilkan gambar artis-artis terselak sana sini, terdedah situ sana.

Ya, menunaikan solat Dhuha di tepi pantai, jauh lebih memeranjatkan mata yang memandang, berbanding melihat pasangan kekasih berjalan berpimpin tangan di gigi air.

Dan sudah tentulah melihat dua orang pemuda lelaki bersalam-salaman sambil berlaga-laga pipi sebelum berpisah, dapat menimbulkan pelbagai pandangan negatif masyarakat, berbanding melihat pasangan kekasih yang berbuat sedemikian.

Menadah tangan membaca doa menaiki kenderaan jauh lebih aneh daripada melekatkan fon telinga di telinga lantas merendahkan kerusi lalu memejamkan mata.

Dan untuk bertemu seorang pemuda yang tidak dikenali tiba-tiba memberi salam kepada anda, sambil melemparkan senyum manis, sudah cukup menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Ya, sekali lagi, Selamat datang ke zaman Ghuraba’.


kredit to :  Blog kartel dakwah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
All Right Reserved to: nnur zakaria |Design By Mastura Aziz